Alhamdulillah... program yang julung2 kalinya diadakan pada hari ini (18/Julai/2009; Sabtu) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sambutan daripada ibubapa juga amat menggalakkan walaupun dari segi teknikalnya agak terlewat dari segi sebaran maklumatnya. Matlamat dan objektif program ini antaranya adalah untuk:
MATLAMAT
Ø Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM
Ø Merealisasikan sasaran peratus lulus dan cemerlang dalam peperiksaan awam yang digariskan oleh pihak sekolah
Ø Memupuk kesedaran di kalangan pelajar agar sentiasa berusaha tanpa erti putus asa untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran
OBJEKTIF
v Memberi maklumat kepada ibu bapa/penjaga tentang perkembangan pelajaran anak-anak
v Membincangkan prestasi pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
v Menandatangani slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
v Memotivasikan pelajar agar dapat meningkatkan prestasi dalam peperiksaan awam 2009
v Merapatkan silaturrahim antara para pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar.
Semua usaha telah dilakukan untuk pelajar sebelum mereka menghapi trail PMR (10/8) dan
SPM nanti...namun apakah usaha ini akan dihargai oleh pelajar-pelajar? itulah persoalan yang akan terjawab untuk sesi Khas Akujanji pelajar nanti yang bakal diadakan pada Ogos ini. Untuk para pelajar..tunaikan apa yang telah dijanjikan dihadapan guru pada hari ini untuk kejayaan diri kalian.
Kepada semua ibubapa yang telah hadir untuk program ini, kami warga guru Al-Falah mengucapkan jutaan terima kasih, semoga pengorbanan masa yang diluangkan akan menghasilkan kejayaan anak tuan-tuan dan puan-puan. Insyaallah bersamalah kita mengembeling tenaga untuk kejayaan mereka semua... anak-anak kita..warga Al-Falah.