Rabu, 28 Oktober 2009

Program Perkhemahan 2009




          Program perkhemahan ini telah dirancang oleh unit Kokurikulum Sekolah semenjak beberapa bulan yang lalu untuk mengisi masa terluang pelajar. Terutama sekali untuk pelajar-pelajar lepasan PMR yang lalu. Aktiviti ini akan diadakan pada 6-8 November yang akan datang. Lokasi untuk siri ke-2 kali ini telah dipilih dengan suasana persekitaran 'air terjun'. Ini adalah kesinambungan program siri pertama yang telah diadakan di Teluk Senangin pada tahun 2007 yang lalu yang bertemakan 'Pinggiran Lautan'. 
        Persekitaran air terjun telah dipilih pada kali ini adalah bertujuan untuk pelajar menghargai dan menilai sumber air yang terdapat di negara kita. Disamping itu juga para pelajar dapat menikmati suasana pemandangan dan persekitaran di kawasan berbukit atau tanah tinggi serta dapat mengenali alam flora dan fauna yang terdapat disana nanti. Pelajar juga akan didedahkan dengan cara menjaga ekosistem alam dengan mengelakkan perbuatan membuang sisa-sisa makanan atau sampah sarap ke dalam sungai atau air secara amnya.
          Lokasi yang telah ditetapkan adalah di Kem Batu Ampar Resort, Kg. Paya Lintah, Kuala Kangsar. Kemudahan yang disediakan dikem tersebut adalah menarik dan lengkap dengan kemudahan asas untuk aktiviti perkhemahan. Antara kemudahan aktiviti luar yang disediakan adalah track jungle trakking, repailling, flying fox, lari berhalangan dan lain-lain lagi. Manakala kemudahan asas yang disediakan adalah seperti dorm(asrama), dewan makan, dewan taklimat, surau dan tapak untuk berkhemah. Lokasinya yang terletak di kawasan yang berbukit kaya dengan pohon-pohon hutan dan air terjun yang bakal menarik pemandangan semua pengunjung. 
         Peserta yang telah dipilih adalah seramai 42 orang yang terdiri daripada pelajar ting 2,3 dan 4 yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum, manakala pelajar tingkatan 1 yang terpilih adalah sebilangan kecil yang juga aktif didalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Program kali ini akan disertai seramai 15 orang guru untuk membantu menjayakan program ini. 
        Semoga program ini mendapat sambutan dan sokongan yang padu daripada semua pihak terutamanya ibubapa, guru-guru, para peserta dan juga PPD Insyaallah.

Waktu Solat Bagi Zon 2 Negeri Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Perak Tgh, Hilir Perak, Manjong)

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah dan 2010Masihi

Bancian Pelawat (Visitors Traffic)