Aktiviti Selepas Peperiksaan.
Peperiksaan sudah selesai, pelajar yang merasa bebas melaungkan perkataan 'merdeka!'. Beban guru mengajar terasa ringan, tugasan seharian menjadi mudah.. Benarkah demikian? Kelihatan sekelompok pelajar berbual-bual di koridor sekolah, yang seorang menggambarkan aktiviti selepas peperiksaan (PMR) di sekolah seperti membuang masa, yang seorang lagi menyatakan keinginan untuk ponteng hari-hari berikutnya kerana hendak menyambut Deepavali lebih awal, dan yang seorang pula sudah merancang untuk bekerja mencari duit poket sebagai pembantu kedai di pasaraya..dan macam-macam lagilah..
Apa pun yang pelajar rancang kehadiran ke sekolah adalah amat penting untuk memastikan program yang telah dirancang oleh unit B&K dapat dilaksanakan dengan jayanya. Benarkah aktiviti yang dirancang selepas PMR membosankan pelajar? Apatah lagi takkala semua program lawatan dibekukan. Maka ramai pelajar berpendapat datang ke sekolah akan membosankan.
Pihak pentadbiran dan juga unit B&K sudah semestinya mempunyai program yang tersendiri demi memastikan pelajar berasa seronok ketika berada disekolah walaupun tiada proses P&P dijalankan. Barangkali ada taklimat atau motivasi tentang pengisian masa sewaktu cuti dan sebagainya. Mungkin juga ada guru-guru yang akan menjalankan projek PSK, mengindahkan kawasan sekolah, taman sains dan lain-lain lagi. Semua program-program yang disusun diharap dapat menarik pelajar untuk terus hadir ke sekolah bukannya melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah kepada diri sendiri, keluarga, sekolah dan juga masyarakat secara amnya.