Rabu, 22 Julai 2009

Program Gerak Gempur Gemilang PMR 2009 (3G)

Kepada semua guru / ibubapa dan juga para pelajar Tingkatan 3, program khas (3G) yang telah dirancang oleh Penyelaras Tingkatan 3, guru-guru kelas Ting. 3 serta panitia-panitia semua matapelajaran seperti Bahasa, Maths dan lain-lain dan telah pun dipersetujui oleh PIBG untuk dilaksanakan bermula pada bulan ini( Julai).

Antara modul Program ini adalah:
1. Pelajar dimestikan hadir kelas tambahan yang di adakan pada setiap hari dan juga hujung minggu.
2. Pelajar yang tinggal di asrama pula hanya dibenarkan pulang kekampung sebulan sekali sahaja.
3. Pelajar juga dikehendaki menduduki Ujian Akhir Program (UAP) untuk mengukur prestasi kemajuan pelajar selepas akhir program. (Pelajar dimestikan menunjukkan perkembangan yang baik sebelum beralih kepada Program yang ke-2. Kegagalan berbuat sedemikian akan menghalang pelajar berada di Phasa ke-2)
4. Program kerohaniaan juga turut diadakan untuk memantabkan rohani pelajar disamping aktiviti berunsur jasmani dan fizikal.

Program ini adalah bertujuan untuk memantabkan lagi kaedah menjawab untuk 9 matapelajaran PMR.

Sila klik disini untuk melihat jadual program. (Jadual Program)

"Bersama kita menuju Al-Falah"

ridz-1@smaaf

Waktu Solat Bagi Zon 2 Negeri Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Perak Tgh, Hilir Perak, Manjong)

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah dan 2010Masihi

Bancian Pelawat (Visitors Traffic)