Selasa, 10 November 2009

Program Perkhemahan Unit Kokurikulum Siri 2 2009




Alhamdulillah...Program Perkhemahan Perdana Unit Kokurikulum 2009 Siri 2009 telah selamat dan berjaya di adakan di Kem Arena Ilmu Sdn. Bhd, Kg. Paya Lintah, Lubuk Merbau Kuala Kangsar.
Program 3 hari 2 malam ini diharap dapat memberi 1001 pengalaman kepada peserta untuk terus bijak dan tabah dalam mengharungi ranjau onak dan duri perjalanan hidup ini. Pihak penganjur juga berharap agar segala pengalaman yang ditimba dapat dijadikan panduan hidup untuk terus maju dan berjaya.
Sedikit perubahan sikap dan dicampur pula dengan tekad serta semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam kehidupan sudah pastinya akan memberikan sejuta kecerian dan kesenangan dalam hidup. Ketabahan peserta dalam menghadapi segala aktiviti luar mahupun LDK diharap dapat memberikan sedikit ilmu dalam memilih atau untuk membuat keputusan hidup peserta.
Kepada guru-guru yang sanggup bekorban masa berada di kem tersebut sepanjang program, pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahinah kerana dapat memberi sokongan yang padu kepada pihak urusetia program. Jutaan peghargaan terima kasih kepada barisan guru-guru fasilitator terutama sekali kepada Cikgu Rogayah, Cik Nadia, Cik Azlinda, Cik Zhukairah, Cik Siti Salwana, Cikgu Siti Aminah, Us. Sh. Aspia dan Us. Radziah serta Cikgu Khuzaimi. Kepada barisan jurulatih Cik Wan Hadhurah selaku kem Komandan dan dibantu oleh Mr. Afzam dan Cikgu Rafei selaku Penolong Kem Komandan. Saya selaku penganjur program amat berterima kasih dan berbesar hati kerana selain dibantu oleh guru-guru dari SMAAF, bantuan juga diterima daripada Miss Masitah (SABK Maahad Al-Maarif Al-Islamiah, Batu 9) dan juga Pn. Khuzaimi (Pn Yanti). Semoga keikhlasan mereka semua akan dibalas dengan sejuta kebaikan dan kesenangan hidup di dunia dan akhirat.
Insyaallah semoga program yang bermanfaat ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dimana akan dianjurkan pula oleh penganjur yang lain. Saya selaku pencetus dan penganjur  Perkhemahan Perdana Unit Kokurikulum Siri 1 dan 2 akan menarik diri terlebih dahulu untuk memberi ruang kepada guru-guru lain yang berbakat labih luas dan besar dalam penganjuran aktiviti kokurikulum sekolah. Semoga SMAAF terus maju jaya dalam aktiviti Kokurikulum dan Kurikulum diperingkat yang lebih tinggi.
Andai kata terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan sepanjang program tersebut, saya selaku penganjur ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan daripada semua yang terlibat. Saya hanyalah insan biasa yang pastinya tidak dapat memenuhi segala kehendak atau keperluan insan yang lain.
Akhir kata, Syabas dan Tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat dan juga kepada para peserta Program Perkhemahan Perdana Unit Kokurikulum Siri 1 / 2007 dan Siri 2 / 2009.
Sehingga kita bertemu lagi di lain program Insyaallah.

(Sila ke koleksi Album Gambar untuk gambar-gambar yang menarik)

Waktu Solat Bagi Zon 2 Negeri Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Perak Tgh, Hilir Perak, Manjong)

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah dan 2010Masihi

Bancian Pelawat (Visitors Traffic)