Yang pergi pasti akan diganti dan semoga pengganti itu nanti adalah lebih baik dari yang pergi ini. Redhalah akan kehilangan mereka kerana sudah pasti ini semua tertulis sabagai Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Kiranya kehilangan guru ini dirasai oleh semua rakan guru dan pelajar..sudah pastinya kami yang bakal meninggalkan halaman SMA Al-Falah ini akan lebih terasa kehilangan anak murid kesayangan dan para sahabat seperjuangan untuk mendidik anak bangsa.
( Pegawai BPI dr Putrajaya, JPN, PPD dan Pengetua-pengetua turut sama hadir)
Setiap daripada kita pasti ada cita-cita untuk di gapai dan di realisasikan dan kiranya itu adalah pilihan yang telah dibuat maka itu adalah keputusan yang terbaik buat empunya diri. Sedih nan pilu tak kala melihat anak-anak didik dahagakan ilmu untuk ditinggalkan adalah sesuatu perkara yang amat sukar untuk dibuat, namun semua itu akan menjadi penguat azam dan azimat untuk diri ini terus menabur bakti di tempat yang lebih memerlukan seorang guru.
Kepada semua rakan guru seperjuangan...selamat terus menabur bakti di SMA Al-Falah dan kepada semua anak didik Mr. Ridz1...Selamat Berjuang tidak kira dimana anda belajar. Jangan jadikan kekurangan atau kelemahan diri itu sebagai alasan kegagalan sebaliknya jadikan kelebihan dan keupayaan diri asas tunjang kejayaan. Kejayaan atas usaha diri sendiri adalah kepuasan yang tidak terhingga bagi orang-orang yang berusaha.
Insafilah diri dengan ikhlas hati agar hidup di berkati. Maafkan segala kekurangan atau kelemahan diri ini sepanjang menabur ilmu kepada semua anak-anak murid SMAAF. Andai kata terkurang ilmu yang diberikan sepanjang menabur ilmu diminta agar di halalkan. Tiada kenangan yang terindah dalam menabur ilmu selain daripada kenangan di SMAAF.
Semoga bertemu lagi di lain waktu dan tempat... Doakan kejayaan guru kalian ini untuk lebih tabah mendidik anak bangsa di Negeri Bawah Bayu nanti...
Soutul Falah (2005-2009)
K-rol Badri, Fikri, Azam, Hisham, Afwan, Solihin, Muzakkir, Zarif, Hafiz, Qayyum
Encik Ridzuan - Pn. Mazliana
Shahrul Najmi, Iskandar, Ayubi, Shafiq(Besar), Shafiq(Kecik), Amir Shahmi, Arif Akmal(Bob)
Thank you..syukran dan terima kasih..
Gambar sudah berada di Koleksi Album - sila lawati untuk koleksi gambar-gambar menarik. Syukran Muammar kerana sudi menjadi juru photo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan